Thursday, January 28, 2010

Bab Al Khyber

Assalamualaikum,

Kepenatan dan kekenyangan baru pulang dari Bab Al Khyber di Birmingham. Memenuhi hajat rakan office yang ingin belanja kerana gembira British Passport telah ditangan setelah beberapa bulan memohon..
Kami kesana bertiga, saya, Bro Harun dan Bro Khalid.. Meratah ayam bakar, kebab dan naan yang amat besar menghilangkan rasa lapar walaupun telah menikmati nasi arab di tengahari.. banyak makan sekarang ni memalaskan diri sebenarnya?!..
Dalam perjalanan pergi, di restoran dan perjalanan pulang banyak disentuh pelbagai topik perbincangan.. yang tidak lepas dari isu politik dunia semasa.. pelbagai teori, pendekatan, kaedah, isu dan masalah dibincangkan, bermula dari Barat hinggalah ke Timur, dari isu manusia hingga kepada isu teknologi, dari masalah jiwa hinggalah kepada krisis nilai.. semua disentuh dan dikaji..
Tetapi, hasil yang ada tidak lari dari masalah asas ummat ini yang telah terperangkap dalam jerat jahiliyyah sehingga disibukkan dengan urusan yang tidak perlu.. tetap masalah utamanya adalah meninggalkan perananan syahadah dan melupakan sistem Islam yang secara mutlak tidak sama dengan mana-mana teori sistem ciptaan aqal manusia ini.. itulah wajah ummat hari ini!.. bagaimana dengan kita?! ingin menghabiskan masa untuk urusan yang tidak perlu lagi?.. cukuplah dengan pembaziran yang telah kita lakukan selama ini...
Bab Al Khyber meninggalkan kenangan masakan yang sedap dan yang lebih penting.. menyakinkan lagi diri ini terkait betapa ummat ini sama sahaja penyakitnya.. 'lupa untuk bertuhankan Allah swt dalam kehidupan mereka'...

Wednesday, December 16, 2009

Penentuan Kalendar Hijrah

Assalamualaikum, wr wb.
Pak Ustad Sigit yang dirahmati Allah...
Mohon jelaskan hadist mengenai kalender Hijriah. Lalu, kenapa penentuan awal tahun jatuh pada bulan Muharam, bukan Rabiul Awal atau Ramadhan? Makasih ya pak...
Wasalamualikum wr,wb

Firda R. Aulia

Jawaban

Waalaikumussalam Wr Wb
Suatu ketika Umar bin Khottob ra mendapatkan sebuah cek bertuliskan dari fulan kepada fulan lain yang berutang bahwa waktu pelunasannya di bulan Sya’ban. Umar berkata,”Sya’ban yang mana? Apakah Sya’ban tahun ini atau tahun sebelumnya atau tahun depan? Kemudian beliau mengumpulkan para sahabat untuk diajak bermusyawarah menentukan sebuah penanggalan agar manusia dapat mengetahui waktu pelunasan utang-utang mereka serta perkara-perkara lainnya.”
Ada yang menginginkan agar penanggalannya seperti penanggalan raja-raja Parsia—setiap kali dari mereka ada yang meninggal maka mereka menentukan penanggalan lagi dari penguasa setelahnya—namun Umar tidak menyukainya. Ada pula yang mengusulkan ,”Buatlah penanggalan seperti penanggalan Romawi dari zaman Askandar bin Pilips al Maqduniy.” Namun Umar pun tidak menyukainya.

Islam Dagang Kali Kedua


Muqaddimah

Rasulullah SAW bersabda:
“Islam telah bermula dengan dagang dan ia akan kembali dagang, maka berbahagialah mereka bersama Islam di waktu ia dagang.” Hadith Riwayat Muslim

Islam dan da’wahnya bermula dalam keadaan dagang. Islam sewaktu mula didatangkan di Makkah Al Mukarramah, asing dan tidak dikenali oleh masyarakat. Oleh kerana Islam ghurbah dan unik maka Islam dibenci dan dimusuhi. Pembawa dan pendokong-pendokongnya dizalimi dan dihadapkan dengan berbagai-bagai mehnah dan tribulasi.

Akibatnya, ada yang kehilangan penglihatan, ada yang gugur syahid, yang terpaksa berhijrah ke Habsyah dan akhirnya pendokong-pendokong Islam berhijrah ke Madinah demi mencari keredhaan Allah SWT dan merealisasikan Islam di dalam wajahnya yang murni sebagai ad-Din. Hal ini telah dinyatakan oleh Allah SWT di dalam

Firman-Nya:

"Bagi orang-orang fakir yang berhijrah yang diusir dari kampung halaman dan daripada harta benda mereka kerana mencari kurnia daripada Allah dan Rasul-Nya, mereka itulah orang-orang yang benar.” (Surah al-Hasyr: 8)

Wednesday, October 7, 2009

Syeikh Umar Al-Tilmissani

SYAIKH UMAR TILMISANI
(Mursyid III IkhwanulMuslimin, 1322-1406 H/1904-1986M)

Syaikh Umar Tilmisani adalah salah seorang daripada tokoh-tokoh dai dan murabi. Nama penuhnya ialah Ustadz Umar Abdul Fattah bin Abdul Qadir Mushthafa Tilmisani. Beliau pernah menjawat jawatan sebagai Mursyidul Am Ikhwanul Muslimin setelah wafatnya Mursyidul 'Am kedua, Hasan Al-Hudhaibi,pada bulan November 1973.


Tempat, Tanggal Lahir dan Masa Kecil Syaikh Umar Tilmisani.


Garis keturunan Syaikh Umar Tilmisani berasal dari Tilmisan, Al-Jazair. Beliau dilahirkan di kota Cairo pada tahun 1322 H/1904, di Jalan Hausy Qadam, Al-Ghauriyah. Ayah dan datuknya merupakan pedagang kain dan batu permata. Datuk kepada Syaikh Umar Tilmisani merupakan seorang salafi yang banyak mencetak buku-buku karya Syaikh Muhammad bin Abdul Wahhab. Kerana itu, beliau membesar dalam suasana hidup yang jauh dari bid'ah.



Sunday, August 2, 2009

Risalah Ketiga

Wahai anakku:

Engkau telah mengutus surat kepadaku lalu dengan mengatakan:-


“Ayahku yang tercinta”. Oh; betapa bahagianya aku, betapa bangganya aku lantaran aku mendapat kedudukan demikian di sisimu. Demi Allah swt, sesungguhnya itu satu kemuliaan yang besar yang sungguhku banggakan. Kemuliaan ini akan terus menerus mendorongmu melayakkan diri dengannya dan menjadi ahlinya.


Aku berkata: “Inilah jasa da’wah yang utama. Kalaulah tidak kerana da’wah, kita akan berada di dalam satu alam yang tidak diketahui rahsianya kecuali oleh Allah Ta’ala. Da’wah ini ya akhi, adalah ruh kewujudan kita dan rahsia perasaan kita yang mulia yang mengurniakan adab dan sifat malu. Sekiranya kamu ta’jub, maka kamu patut lebih ta’jub lagi terhadap apa yang terkandung di dalam dada dan dari apa tang tertunjang di dalam lubuk jiwa yang menimbulkan berbagai-bagai kesan. Itulah yang lebih besar dan lebih mendalam dan akan melimpahkan kebaikan dan rahmat kasih saying pada suatu hari kelak.


Anakku,

Engkau berkata:-
“Ayahku, sesungguhnya engkau telah mengikat daku dengan satu kekuatan yang tersembunyi”.
Dengarlah: tatkala aku berusaha memenangi hatimu dengan seluruh perasaan dan cintaku, aku telah membenarkan anda.

Saturday, August 1, 2009

Risalah Kedua


Ya Akhi,


Sesungguhnya aku menyangka bahawa apabila umur manusia itu meningkat enam puluh tahun ia memerlukan rehat, tugas serta tanggungjawabnya bertambah ringan. Tetapi aku ini walaupun mempunyai kesihatan yang lemah dan keupayaan dan daya yang kurang, aku merasakan bahawa kesulitan dan kepenatanku semakin berlipat ganda di hadapanku.


Disatu sudut yang lain pula, perasaanku bertambah kuat dan kasih sayangku bertambah sensitif terhadap saudara-saudaraku. Aku merasakan kepanasan perasaan ini. Kadang-kadang aku berkata kepada diriku, "Boleh jadi dengan perasaan itu kamu dapat melarikan diri dari segala kesulitan dan kepenatan yang datang tanpa hentinya, sebaliknya kamu berkata:- "Itulah sebenarnya bukan pelarian tetapi itu adalah bekalan di perjalanan yang menolong seorang muslim supaya sentiasa setia dengan segala iltizamnya, kerana melarikan diri dari takdir tidak akan melepaskan kita dari takdir". Malah rasa rahmat, setia dan cinta pada Allah swt merupakan stesen-stesen untuk berehat di atas perjalanan yang susah ini.



Jadi rehatku wahai saudara-saudaraku ianya adalah berada di dalam ikatan persaudaraanmu, maka janganlah kamu bakhil tentang itu terhadapku.


Hai Abbas,



Betapa bahagianya kamu dengan kebaikan ini. Satu kebaikan yang dilimpahkan oleh Allah swt kepadamu, kamu dapat memiliki hati-hati yang mulia ini, hati-hati itu pula mencintaimu dan kamu mencintainya. Sekiranya kamu membelanjakan segala apa yang ada di bumi, nescaya kamu tidak dapat dijinakkan kepadanya.



Segala puji bagi Allah yang telah menunjuki kamu kepada kebaikan ini dan memuliakan kamu dengan persaudaraan orang-orang yang mulia dan terpilih itu. Kamu sungguh bahagia kerana memperolehi saudara-saudara yang telah diberi ilmu oleh Allah Ta'ala, lalu mereka ikhlas untuk berkhidmat kepada Islam, lantas mereka menjadi lampu dan nur untuk menyinari kita. Alangkah banyaknya perasaan-perasaan yang baik dan bercahaya telah mereka asaskan dalam hati kita.

Thursday, July 30, 2009

Risalah Pertama

Assalamualaikum w.b.r.k.t.h

InsyaAllah pada kali ini ana akan sisipkan beberapa siri Risalah 'Dakwah dan Cinta di jalan Allah' yang merupakan himpunan risalah-risalah Al-Marhum Syeikh Abbas Assisi untuk renungan bersama.

Buku 'Dakwah dan Cinta dijalan Allah' merupakan buku yang paling dan amat disayangi oleh Al-Marhumah arwah kakak ana (Ukhtie Wan Asilah) yang amat ana sayangi... Semoga rohnya ditempat bersama para solihin.. Beliau amat menyukai dan menyayangi buku ini melebihi buku-buku dakwah dan tarbiyah yang lain. Beliaulah juga orangnya yang telah mengaplikasikan konsep 'Dakwah dan Cinta' kepada adiknya (ana) yang hampir hanyut tenggelam dalam arus cabaran kehidupan dunia tanpa mengenal matlamat hidup sebelum ini. Beliaulah juga insan yang bertanggungjawab membawa ana mengenali makna 'Dakwah, Cinta dan Tarbiyah' dengan mencadangkan ana membaca buku 'Dakwah dan Cinta di jalan Allah' ini,.. tulisannya halus menyentuh hati dan ianya menyimpulkan bagaimana dakwah kita yang sebenarnya, iaitu perlu disulam dengan cinta..

Nikmatilah sajian 'Dakwah dan Cinta dijalan Allah' dari Syeikhul Dakwah, Al-Marhum Syeikh Abbas Assisi..

Ya Akhi Fillah;

Salam Allah swt kepada kamu; rahmat dan berkatNya kepada kamu. Manusia memperkatakannya kerana adat, tetapi kita mengucapkannya sebagai ibadat kita. Kita mengucapkannya (as-salam itu) kerana kita merasakannya sebagai satu pengertian yang agung.

Aku merasakan seolah-olah aku berdiri di dalam satu mihrab solat, di dalam kehalusan doa' yang benar, yang membawa cinta dan kasih sayang. Lalu sepontan aku berkata di waktu aku berada di atas kemuncak keikhlasanku dan kesetiaanku kepada saudara: "Salam Allah swt kepada kamu
dengan rahmat dan berkatNya". Itulah doa' yang sempurna yang ku doakan untuk kamu dengan salam sejahtera dan berkat dari Allah swt. Itulah doa' dari hati yang mencintaimu walaupun tanpa melihatmu. Ketahuilah bahawa orang yang paling ku cintai di dalam diriku ialah orang yang ku lihat dengan hatiku, dimana hati itu adalah perbendaharaan rahmat, cinta dan kehidupan. Dialah juga yang membezakan dari yang lain, beza dari aspek kebaikan, kebenaran (al-haq), cita rasa, keindahan dan rasa malu.

Tuesday, July 14, 2009

Summer Degree Ceremonies


"Summer Degree Ceremonies"




Tarikh 13 - 17 Julai 2009 merupakan tarikh "Summer Degree Ceremonies" bagi graduan-graduan University of Warwick. Congratulations!...

Warwick Art Centre yang
selalunya dipenuhi peminat film, peminat theater, peminat 'Malaysian Night' kini telah bertukar corak kerana dibanjiri dengan pelbagai waris-budaya, kaum-kerabat, warna hitam-putih dari seluruh pelusuk dunia.

Semua dengan 'keceriaan' tersendiri, semua dengan fesyen-fesyen baru, semua dengan camera teknologi terkini, semua dengan 'pose-pose' istimewa tak lain tak bukan adalah bagi menggambarkan 'kegembiraan' diatas usaha dan penat lelah yang telah dilakukan selama ini di Warwick..Study @ Menuntut Ilmu..


Dalam langkah biasa ke ofis pagi tadi sempat juga bertemu dengan satu keluarga melayu yang mengarah ke parking kereta, mereka juga gembira untuk 'konvo' esok pagi.. Tidak salah bukan!

Dari jauh lagi telah kelihatan ratusan graduan dan ibubapa yang tentunya happy untuk bergelar sarjana dunia telah mula berkumpul memenuhi Warwick Arts Centre,. tidak terfikir untuk mencari jalan lain, tetap dilangkah masuk bersama dengan orang rami,. itu jalan yang terbaik, dekat & tidak sejuk.

Di pintu keluar sebelah belakang, semasa lalu bersebelahan 'Chaplaincy', Allah izin terlintas satu persoalan penting?.. itu pun setelah melihat gelagat mereka-mereka yang kononnya telah diiktiraf sistem dunia sebagai graduan yang berjaya dan diraihkan dalam majlis yang paling hebat dikalangan cendiakawan, 'Konvokesyen'.

Timbul persoalan mendasar sebagai seorang muslim?
Bagaimana kita di hadapan Allah nanti?
Layakkah kita berbaris untuk menerima 'ijazah' di hadapan Allah nanti?
Lepas atau tidak kita dengan ujian dunia ini?
Gembira atau tidak kita dengan ujian barzakh nanti?

Kerana jika dibuat perbandingan, sistem menuntut ilmu yang penuh dengan ujian, kesabaran, kelelahan, keboringan, kekecewaan, keceriaan dapat diumpamakan kehidupan yang panjang ini. Hidup ini juga sebenarnya satu 'peperiksaan yang besar' disisi Allah swt.. Teringat kepada arwah kakak yang pernah berkata, hidup ini merupakan 'makmal ujian' untuk manusia... perjalanan kita menyiapkan tesis menjadi individu mukmin yang akan layak 'konvo' di hadapan Allah swt nanti..

Timbul persoalan kedua?

Adakah kita telah bersedia?..
Adakah kita telah banyak mengulangkaji (tadabbur)?
Adakah kita telah banyak membaca (Quran)?
Adakah kita telah banyak menulis (amal yang baik)?
Adakah kita telah bersungguh-sungguh?

Ini yang amat menggusarkan hati dan perasaan kita..
Jawapan inilah yang akan menentukan adakah kita akan 'konvo' dalam kegembiraan @ kekecewaan @ kita langsung tidak layak 'konvo' diakhirat nanti (tidak dipandang Allah swt lansung).

Oleh itu, disamping kejayaan akademik bergelar sarjana, disamping kegembiraan 'konvo' yang sedang dikejar... Marilah kita merenung sejenak dan berdoa untuk nasib kita apabila dijemput Allah swt nanti..

For a new graduates 'Welcome to Warwick Alumni'

Sunday, July 5, 2009

Motivasi Dakwah

Assalamualaikum ..,

Ikwah wa akhwat fillah rahimakumullah,
Alhamdulillah, petang semalam ana sempat chatting dengan seseorang. Setelah pelbagai perbincangan, entah kenapa terpacul satu pertanyaan.. 'En. ..takde website ke?'..Website?.. Aiks,.. Pelik! 1st time ditanya tentang website, blog... Ada gaya blogger ke?.. hehehe.. iyelah, mungkin, realiti hari ini menulis blog merupakan satu keperluan.. bukan hanya mereka yang bergelar penulis? Malah pemimpin negara, ahli-ahli politik, ustaz-ustaz.. dan pelbagai lapisan ummat telah mula berada di alam maya..penulisan blog.. ianya satu keperluan.. Mungkin. "Ibarat menyedut udara yang segar!"..

Akhirnya, dengan rendah diri dan malu.. menjawab... "insyaAllah, ada.. " dan diberilah URL blog ini utk dinilai.. Hihihi!!.. tentu hampa!.. tiada cerita menarik yang boleh diambil pengajaran melain posting akhir sebuah gambar yang bercerita pendek tentang 'Sabah Trip"..

Akhirnya, pada hari ini.. dengan satu MOTIVASI yang baru.. dibuka jualah lembaran ini untuk dicoretkan sesuatu diatasnya..

Ikhwah wa akhwat fillah,

MOTIVASI.

Inilah tajuk posting terbaru yang ingin dikongsi bersama dengan antum semua..

Pandangan tentang motivasi ini sebenarnya telah beberapa kali dikongsi dengan ikhwah dan akhwat yang dirahmati Allah swt,.. cuma ianya belum pernah dicoretkan dalam bentuk penulisan ringan dimana-mana lagi..mudah-mudahan ianya memberi manfaat..

Hari ini, setelah hampir 2 minggu berkelana di bumi di bekas 'Penjajah Tanah Melayu' ini, idea tentang motivasi makin meningkat dan makin dirasakan keperluannya..

Dan ianya bukan MOTIVASI biasa.. ianya adalah MOTIVASI DAKWAH!!!..
Ikhwah wa akhwat fillah rahimakumullah,

Jika diungkai sejarah ketamadunan ummat dunia pada hari ini dan jika diselak dari lipatan sejarah kehebatan beberapa negara misalnya Jerman, Jepun, Ireland, Perancis, dan beberapa negara lain, kita akan temui identiti kehebatan negara-negara tersebut. Jerman misalnya terkenal dengan kehebatan teknologinya, tidak ketinggalan Jepun, walaupun mungkin banyak meniru Eropah dalam perkembangan teknologinya.. Kita lihat Ireland dengan pengiktirafan ilmu perubatannya yang menyebabkan saban tahun Ireland menerima pelajar-pelajar baru bidang perubatan dari serata dunia.., kita pasti akan menemui titik-temu yang hampir sama, iaitu majoriti mereka hebat disebabkan antaranya adalah kesan Peperangan.

Samada sebagai penakluk @ penjajah atau sebagai negara yang kalah akibat peperangan (Jepun)...

Banyak bukti-bukti sejarah yang akan menumpu dan akhirnya bercerita tentang MOTIF yang menggerak mereka utk lebih berusaha, bekerja keras, berhempas pulas utk memajukan teknologi mereka iaitu PEPERANGAN.. yang merupakan diantara faktor dominan...

MOTIF-nya juga bertitik tolah daripada keperluan memenuhi 'NAFSU MANUSIA'.. nafsu Hitler misalnya yang bercita-cita besar ingin menawan dunia..

Dalam konteks Jerman, mengambil contoh klasik kereta 'Volkwagen' (kereta rakyat) yang merupakan jentera hasil kejuruteraan hebat sarjana mereka,.. Ianya dicipta khusus untuk mampu bergerak di padang pasir,.. tidak mempunyai radiator (penyejuk), hanya dibekalkan kipas sebagai penyejuk (kerana padang pasir tiada air)... enjin dibelakang bukan didepan (mengelak debu-debu padang pasir).. dan pelbagai lagi 'teknologi ajaib' yang dicipta untuk membolehkan kereta tersebut digunakan sebagai jentera penting dalam peperangan menakluk negara-negara padang pasir.. Mereka mampu akhirnya!.. Apa MOTIVASInya?.. Memenuhi arahan dan nafsu Hilter untuk berperang dan menakluk dunia!..

Contoh kedua.. Ireland. Teringat semasa lawatan ke beberapa Universiti di Ireland di penghujung tahun 2007 yang lepas.. sempat berbicara dengan beberapa rakan yang hadir bersama. 'Agak-agak kenapa Ireland ini hebat dengan bidang perubatannya?'..soalan saya kepada seorang professor.. 'Mereka ini hebat kerana terlibat dengan peperangan' nukil seorang professor..'kerana terlalu banyak berperang, banyak kematian, luka dan sebagainya..secara tak langsung bidang perubatan mereka tertingkat'.. saya terkejut..?..PERANG juga MOTIFnya..disebabkan PEPERANGAN?... Melahirkan 'Royal College of Surgeons' in Ireland, mungkin...

MOTIF mereka, MOTIVASI mereka, kembangkan ilmu, kembangkan teknologi utk berperang, menakluk dan menuruti hawa nafsu.. Tidak jauh bezanya dengan realiti hari ini..

Ikhwah wa akhwat fillah rahimakumullah,
Berbalik kepada tajuk asal... MOTIVASI DAKWAH..

Jika 2 contoh diatas dijadikan perbandingan.. ana ingin menyatakan bahawa Tamadun Islam-lah yang terhebat dalam sejarah dunia berbanding tamadun-tamadun yang lain dalam dunia ini..

Kenapa?

Ini kerana, Islam tidak pernah menjadikan motivasi berkembang, motivasi berperang, motivasi maju dalam ilmu disebabkan menuntut 'hawa nafsu' manusia.. TETAPI ianya adalah kerana matlamat mencapa redha Allah, ianya kerana mengikut arahan Allah, ianya kerana DAKWAH!..

Islam berkembang biak sehingga menakluk sepertiga dunia adalah kerana 'MOTIVASI DAKWAH' iaitu ingin menyampaikan hak Allah swt dan membawa ummat manusia tunduk dan patuh, menyembah hanya kepada Allah swt semata-mata...Islam tidak berkembang diatas hajat memenuhi kehendak manusia @ individu-individu tertentu...

Tetapi, Islam juga berperang bukan?.. Na'am..shahih.. tetapi dibenarkan berperang bukan untuk merosakkan tetapi dibenarkan perperang untuk menyampaikan dakwah.. Yang hebatnya, hanya Islam meletakkan adap-adap berperang..!. tidak boleh membunuh wanita, kanak-kanak orang tua.. walhal sehingga pokok-pokok juga dilarang ditebang tanpa tujuan..

Disinilah hebatnya MOTIVASI DAKWAH sebenarnya... Tamadun Islam bukan dibina di atas motivasi mencari rempah (Inggeris), bukan di bina untuk menakluk dunia (Jerman),.. tetapi Tamadun Islam dibina di atas MOTIVASI RABBANI..

Disinilah letaknya perbezaan kita dengan mereka.. jangan kita kendur, jangan kita lemah, jangan kita malas,,. kita sebenarnya mempunyai MOTIVASI yang paling hebat..MOTIVASI DAKWAH..

Bayangkan jika setiap daripada kita, dapat menjadikan kegiatan yang dilakukan ini, belajar, bekerja, bermain, berpenyelidikan, dan sebagainya adalah dalam rangka untuk mengembangkan DAKWAH KERANA ALLAH SWT!!..

Oleh itu, ayuh akh!!!.., ayuh sama-sama kita menghayun langkah menyambut seruan DAKWAH..

Semoga Islam dapat kembali menerangi alam ini... .Ameen..

Friday, June 26, 2009

Nasihat Pertama

Dien Itu Nasehat

”...Dan pastilah Allah akan menolong siapa saja yang mahu menolong (agama)-Nya...” (Al-Hajj: 40)

Ad-Diinu An-Nashiihah (agama adalah nasihat). Demikianlah pesan Rasulullah saw kepada kita, dan inilah yang melatar belakangi tulisan kami dalam lembaran-lembaran berikut. Kami menulis ini bukan kerana tidak ada pekerjaan, dan bukan pula kerana ada yang mahu membacanya. Kami menulis kerana kami merasa ada nasihat yang harus kami sampaikan kepada ikhwah, para aktivis, sebagai satu bentuk penyertaan kami dalam ‘perjalanan’ yang diberkati ini. Perjalanan untuk menegakkan Dien dan meninggikan panji-panjinya.


Kami sebagaimana dikatakan oleh seorang sahabat yang mulia, ‘Abdullah bin Rawahah, “Kita tidak memerangi manusia kerana bilangan, kekuatan, dan jumlah kita. Kita hanya memerangi mereka kerana Dien ini. Dien yang Allah swt memuliakan kita dengannya”.


Oleh kerana itu, lazim bagi kita untuk berpegang teguh kepada Dien ini melebihi seorang muqatil (tenaga tempur) yang memegang erat senjatanya di tengah kecamuk pertempuran. Sebab muqatil, pada bila-bila masa ia akan mengendurkan pegangannya senjatanya, sirnalah harapannya untuk mendapatkan kemenangan, bahkan sirna pulalah segala asanya untuk tetap hidup. Demikian pula halnya dengan ‘ahluddiin’ (ahli ibadah), pada bila-bila masa pun mereka lengah di dalam Diennya – meski sesaat – semua citanya untuk menggapai kemenangan akan lenyap.


Pertolongan Allah bagi Siapa Yang Menolong (Agama)-Nya

Sesungguhnya Allah ta’ala hanya menolong orang-orang yang taat, ikhlas, berpegang teguh, dan bertawakkal kepada-Nya. Allah ta’ala berfirman:-


"...Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)-Nya....”
(Al-Hajj: 40)

Maka barangsiapa tidak ’menolong’ Rabbnya, Dia pun tidak akan menolongnya. Barangsiapa bermaksiat kepadaNya, Dia akan meninggalkannya, membiarkannya bersama musuh-musuhnya.


’Umar al-Faruq pernah berkata, ”Kala kita tidak mampu mengalahkan musuh dengan ketaatan kita nescaya mereka akan mengalahkan kita dengan kekuatan mereka”.


Ternyata ’Umar lebih mengkhawatirkan dosa-dosa pasukannya daripada kekuatan musuhnya. Inilah bukti kesempurnaan pemahanan dan ke’brillian’an akal beliau.


Betapa kita di saat merasakan suasana ini, ingin senantiasa hadir di hati dan akal kita, tidak meninggalkan kita selama-lamanya.


Betapa kita ingin mengerti-dengan ilmu – yakin – bahawa Allah telah menjamin kemenangan Dien-Nya dan akan selalu menjaganya. Maka barangsiapa selalu bersama Islam ke mana pun ia berputar, hati dan anggota badannya sentiasa taat kepada Allah, pastilah Allah akan menolongnya. Barangsiapa menyimpang dari jalan yang lurus, pertolongan pun akan menjauh darinya.


Allah ta’ala Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana, Allah Maha Mengetahui. Artinya tidak ada sesuatu pun dari urusan kita yang tersembunyi bagi-Nya. Dia Maha Mengetahui akan batin dan niat kita seperti halnya. Dia Maha Mengetahui akan lahir dan amal kita. Dia Maha Bijaksana. Artinya, Dia akan selalu menempatkan segala sesuatu pada tempatnya. Dia tidak akan memberikan anugerah berupa penjagaan dan pertolongan kepada siapa yang tidak berhak mendapatkannya. Dan orang yang tidak berhak atas anugerah ini, sungguh tiada bahagian untuknya selain keburukkan. Na’udzu billah, kita memohon perlindungan kepada Allah dari kehinaan di hadapan-Nya.


Empat Perkara Yang Membinasakan

Nafsu terus memberontak, syaitan terus menggoda, dunia terus berhias, dan hawa sering kali memenangkan pertempuran.


Mereka semua telah hadir. Mereka ingin menghalangi antara seorang hamba dengan kemenangan dan kejayaannya di dunia dan di akhirat.


Mereka berempat benar-benar musuh utama kita. Jika kita mampu menguasai (nafsu, syaitan, dunia dan hawa) nescaya akan lebih mudah bagi kita untuk menguasai musuh-musuh kita dari kalangan manusia.


Sebaliknya, jika kita dikuasai oleh keempat-empatnya, sungguh antara kita dan musuh-musuh kita tiada lagi bezanya, sama-sama bermaksiat kepada Allah swt. Sementara mereka masih memiliki sesuatu yang lain, kekuatan yang lebih daripada yang kita miliki dan jika sudah demikian, kita akan kalah menghadapi mereka.


Kalimat-kalimat yang kami tulis di sini merupakan nasihat untuk membantu di dalam usaha mengalahkan nafsu, syaitan, dunia dan hawa.


Wahai saudaraku, yang kami inginkan hanyalah menunjukkan yang baik untuk menutup satu celah yang kami lihat atau menambahkan yang kurang atau menunjukkan yang makruf.


Peranan kami adalah berkata-kata dan memberi nasihat. Celah tidak akan pernah tertutup, kekurangan tidak akan pernah hilang, dan yang makruf tidak akan pernah terwujud kecuali dengan amal.


Disinilah perananmu wahai saudaraku, peranan kita semua.

Tentu saja, kata-kata bukan sekadar untuk diucapkan, tetapi ia untuk difahami dan di amalkan.


”Dan Katakanlah: "Bekerjalah kamu, Maka Allah dan rasul-Nya serta orang-orang mukmin akan melihat pekerjaanmu itu, dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) yang mengetahui akan yang ghaib dan yang nyata, lalu diberitakan-Nya kepada kamu apa yang Telah kamu kerjakan.

(At-Taubah:105)


As-Syahid Dr. Abdullah Azam